Borak-2::MENUNTUT ILMU::

Assalamualaikum  ,
Kaifa halak ? InsayaAllah kuwaiyiz.

Di ruangan ini saya ingin berkongsi apa saja saya tahu tentang topik kita iaitu MENUNTUT ILMU
Pasti ramai yg sudah faham apa itu MENUNTUT ILMU , so tak perlu saya jelaskan lagi rasanya .

markaz lughah

Perkataan MENUNTUT merujuk Kamus Dewan ialah
orang yang belajar ATAU orang yang meminta sesuatu.

Manakala perkataan ILMU pula ialah pengetahuan ATAU kepakaran.



HUKUM MENUNTUT ILMU ?

-wajib.

Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah). (HR. Ibnu Majah


MESTI TAHU TTG MENUNTUT ILMU

# Niat ~hendaklah sentiasa ikhlas kerana ALLAH.

Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majelis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)


# Sebuah Ibadah ~ so lakukan yg terbaik dlm menuntut ilmu.

 "Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa darjat"(QS.Al-Mujadallah : 11)



**Disini saya ingin menyentuh soal niat , untuk muhasabah diri sendiri dan para pembaca.
Hari ini masyarakat berlumba-2 menuntut ilmu , tak kira ilmu duniawi mahapun ukhrawi.
Namun alangkah malangnya masih ramai yg tak mengambil kira soal niat.

Contoh Situasi 1:

A : Naper kau study tinggi-2 ?? setakat SPM cukup ah , tak bosan ke ?
B : Eh apa lah kau ni , aku nak jd engineer . mesti ad degree , kalu tak jd engineer "workshop" jwb nya.

# Si A belajar kerana nak kerja

Contoh Situasi 2 :

C : Anak mak belajar rajin-2 yer , nanti dpt bantu keluarga kita.
D :  InsyaAllah mak.

# Si C mahu anak dia dpt kerja dan tanggung keluarganya.


Apakah hebatnya bila kita betulkan NIAT ? belajar bukan tiket untuk berkerja dan bukan untuk sara keluarga . NIAT IKHLAS KERANA ALLAH SWT.
Semoga ALLAH mempermudahkan kita menuntut ilmu.



p/s: segala yg elok dtg drpd-Nya . sekadar pengkonsian . terima kasih kerana sudi baca post ini.









0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

fadhlyazmy

Twitter

.
  • Follow us
  • Facebook

    Lensa Musafir
  • Like