AWALHIJRAH GAZA DAN JORDAN


Muharram kali ini aku sambut di bumi Allah ciptakan padang pasir ; JAZIRAH ARAB.

Seharusnya tahun baru Hijrah umat islam sambut dgn kemenangan dan kegembiraan ,
Namun ia bertukar sebaliknya …

GAZA dan JORDAN ,
Dua-II dalam bumi Syam,
namun ada kisah yg berbeza didalamnya.


Bermula dgn JORDAN , ( rumah keduaku )

Awal Muharram bertukar suram dan tegang.
Dek kerana kerajaan menarik SUBSIDI bagi PETROL , DIESEL dan GAS.

Natijahnya terlalu BESAR,
Harga barang dan kos sara hidup NAIK.

Rantau Arab masih dalam mood ARAB SPRING
Yg merubah landskap politik sebahagian besar Negara Arab.
Beraraklah rakyat di jalan raya ,
Menzahirkan KETIDAKPUASAN HATI mereka ,
Dengan penuh emosi dan amarah.

Hura hara seketika dek tindakan luar kawalan.
Aku lihat mereka membakar kereta.
(Tak sempat untukku rakamkan)

Tunjukperasaan sekitar Irbid credit to pemilik gambar

Lain pula cerita di GAZA ,

Episod sedih dan berdarah terus membelenggu
rakyat Gaza yg serba kedaifan.

Sekali lagi mereka dizalimi dgn kejam
Oleh tak lain tak bukan ; ZIONIS LAKNATULLAH.

Sekali lagi mereka dihujani bom dan peluru
Lalu mengalirlah airmata dan darah penderitaan.


Anggota keselamatan menjalankan tugasnya credit Gurdian.uk


Sesungguhnya Yahudi Zionis ini tak reti bahasa
Tidak kah mereka lupa dalam bulan ini bulan apa ?

“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan diantaranya terdapat empat bulan yang dihormati, tiga bulan diantaranya berturut-turut Dzulqaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab Mudhar, yang terdapat diantara bulan Jumada tsaniah dan Sya’ban.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Bakrah)


Semoga ALLAH memberi kejayaan dan kemenangan kpd ummat Islam
pada tahun ini dan dijauhkan segala malapetaka dan bencana. AMIN




0 comments:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

fadhlyazmy

Twitter

.
  • Follow us
  • Facebook

    Lensa Musafir
  • Like